~P.I.N.K.L.I.O.U.S~
Monday, February 23, 2009
Serba Sedikit tentang Denggi!!! Check it out!!!


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Diagnosis
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
RawatanRawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
Epidemiologi
Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.
Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Wabak terkini
Di Asia Tenggara:
Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.
Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.
Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.
Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.
Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.
Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.
Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.
Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.
Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.Antara tanda-tanda demam denggi ialah:Demam kuat yang mengejut dan berterusanBintik merah pada kulitSakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepalaBerdarah pada badan, hidung dan mulutHilang selera makanMuntah-muntahSakit perutrasa pahit pada lidah
Bagaimana demam denggi berjangkitNyamuk aedes membawa kuman deman denggiSeorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedesPesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
*****
Kat Shah Alam paling tinggi wabak nie.. Pada hari Sabtu(14Feb2009), KKM datang untuk sembur pe benda tah, xgat... Dye siap bg notis "kalau sesiapa yang berdegil x buka pintu dye boleh pecahkan pintu dan tingkap".. Gile ganas gak dowg nie'kan.. hahahaha.. So for sesiapa yg tggl kat Shah Alam 2 beware la ekk... Sem lepas je, de sorg dak kelas kite, kena denggi, lebih kurg 3 minggu xmsok kelas.. Sampaikan Ustaz Adlin panggil dye denggi, sebab ustaz xgat nama dye.. Hishh ustaz nie asyik ingat gelaran je.. Nama kiteorg xgat.. Tue jela yang dye gat.. hahaha.. Rindu pulak kat Ustaz Adlin.. Aduyaiii.. Bulan 1 ritu kiteorg kena temuduga 4 Koko.. Ustaz Adlin terlibat sekali.. Gatkan nk g kat Ustaz Adlin, coz senang sikit.. tp bile pikir2 balik kiteorg pernah uat kes (lambat antar assigment).. tros x jd... tp mmg seriuslly la rindu banget kat Ustaz....
Muka2 yang menjadi target Ust Adlin...
Apabila Assigment tersalah buat...
Inilah hasilnya!!!
Diana.. Dania.. Daina..
Slid down the rainbow at 5:19 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Where To?
Posts of Note
Books I Want to Read
Get me one of these books and I'll be your loyal friend for life (see below for my email address if you're actually considering the idea - not that I'm expecting you to)...
  • Snakehead
  • Morning is a Long Time Coming
  • Baby Blue
  • Incarceron
  • The Fighting Pit
  • The Hunting Forest
  • City of Flowers
  • A Small Person Far Away
  • Bombs on Aunt Dainty
  • The Other Way Round
  • The Time Withces
  • The Wild West Withches
  • Inkheart
  • Inkspell
  • Inkdeath
  • Heartsongs
  • Midnight's Choice
  • The Princess Bride
  • 1984
  • Wild Blood
  • The Magic Faraway Tree
  • The Folk of the Faraway Tree,
  • The Faraway Tree Stories
  • Old Magic
  • The Notebook
  • Friendship According to Humphrey
  • Necropolis: City of the Dead
  • Wicked of the West
  • The Greek Who Stole Christmas
  • When Santa Fell to Earth
    • ...and lots more...
Links
  • Home
  • Email me! (I'd like that)
  • Wild City Online - Writing Forums
  • Online Book Club
  • FanFiction
  • Life is a Journal
  • Naming Characters
  • Start a Reading Diary
  • Poem of the Week
  • Behind the Book
  • Read Mind Write
  • Blog Listings
  • Backgrounds

  • Books Blogs - BlogCatalog Blog Directory